top of page
  • Writer: niksyafiq3
    niksyafiq3
  • Apr 19, 2022
  • 1 min read

“Kalau takde shooting, saya memang hari-hari di dapur!”, jawapan ringkas pelakon dan model, Datin Paduka Eina Azman apabila ditanya mengenai jadual beliau di bulan Ramadan.


Bukan rahsia dikalangan peminat industri hiburan tanahair yang Eina Azman merupakan seorang selebriti yang rajin di dapur. Terbaru, Eina juga tidak lokek berkongsi pelbagai resepi masakan di laman sosial beliau.


“Bulan puasa memang menjadi kebiasaan Eina akan extra sibuk sikit sebab ada sahur. Eina memang dah biasa bangun awal pagi untuk masak sahur. Lagipun husband Eina memang suka makan. Kalau bukan bulan puasa pun, dia lapar pukul 2-3 pagi, Eina tetap akan ke dapur untuk memasak”, ujar Eina.


Ditanya mengenai juadah berbuka kegemaran suami, Eina memberitahu suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Haiden merupakan seorang penggemar masakan lauk pauk kampung.

ree
Datin Paduka Eina Azman bersama keluarga

“Suami saya suka masakan pedas, masak lemak… paling simple pun, nasi goreng dengan ayam masak lemak!”, tambah Eina.


Walaupun rajin dan berbakat di dapur, Eina mengakui sekali sekala beliau mengajak suami untuk makan di luar, terutama di hujung minggu. “Saya dan suami dah deal, kalau tiada sebarang komitmen kerja, Isnin hingga Jumaat saya akan masak di rumah, weekend kami akan keluar. Kadang-kadang nak juga rasa air tangan orang lain. Kami juga akan cuba untuk memenuhi mana-mana undangan majlis berbuka”, katanya.


EIna turut tidak sabar menantikan ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, dimana beliau bakal menyambut kunjungan ahli keluarganya.


“Inshaallah target saya raya tahun ni nak masak 20 ekor ayam rendang. Jadi kena ada 4 periuk dan kuali besar!”, kata beliau penuh bersemangat.


Ikuti Eina Azman di laman sosialnya: Instagram | Tiktok


 
 
 
  • Writer: Prashan Chitty
    Prashan Chitty
  • Apr 17, 2022
  • 1 min read

Pelakon & Penyanyi popular Ayda Jebat terus menyinari iklan filem pendek Watsons sempena Aidilfitri 2022 berjudul Gaya Raya Luar Biasa. Tetapi, turut menemani beliau tahun ini adalah suami Ayda iaitu Nabil Mahir, yang juga merupakan seorang hos & pelakon komersial.


Lagu Watsons yang tular semenjak 4 tahun lalu turut diberi nafas baru dan kali ini, Ayda digandingkan dengan kumpulan popular Dolla.


Watsons seperti biasa, telah mengeluarkan sebuah filem pendek yang bukan calang-calang dari segi kreativitinya. Tahun ini, iklan mereka menceritakan tentang pengalaman beraya di bulan. Wow! nak tahu kedai Watsons kalau kat bulan tu bagaimana rupanya? kenalah tengok shortfilm mereka. Turut membuat penampilan adalah YouTuber popular Jinnyboy yang juga merupakan duta Watsons disamping Ayda Jebat dan juga pelakon pelakon otai Datuk Jalaludin Hassan & Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai kak Ogy.


Saksikan filem pendek berdurasi 5 minit ini yang sudah hampir mencecah 1 juta tontonan selepas siaran 3 hari sahaja. Syabas Ayda & Syabas Watsons.




 
 
 

Penyanyi Malaysia, Baby Shima melancarkan Shortfilm Aidilfitri 2022 bersama pelakon handalan Kazar & Azhar Sulaiman dan turut menampilkan selebriti medsos seperti Leona Azhar, Syaff & Imran Bard.


Video berdurasi 9 minit itu menceritakan pengalaman Kazar yang cuba menyelesaikan misteri bunyi pelik yang berlaku di kampung beliau.


Azhar Sulaiman, yang cukup lama menyepi dari industri hiburan kini muncul dalam filem pendek ini memainkan watak ayah kepada Baby Shima.


Filem Pendek ini ditaja oleh Vida C, sebuah jenama minuman Vitamin C dari Jepun yang semakin popular di kalangan remaja Malaysia.


Saksikan Filem Pendek 'Misteri Bunyi Seram' di YouTube Baby Shima sekarang!

 
 
 

© 2021 XETOPIA, sebuah anak syarikat XENO Entertainment, Malaysia

E-Mail : info@xeno.asia | Mobile : +601122001188

LANGGANI XETOPIA SECARA PERCUMA

Terima kasih kerana sudi melanggani kami

bottom of page