top of page

Kebelakangan ini, perkahwinan berlainan kaum dan bangsa mendapat perhatian ramai di Malaysia disebabkan pendedahan oleh pempengaruh media sosial yang ingin berkongsi kehidupan mereka. Berkahwin dengan seseorang dari bangsa yang berbeza tidak pernah menjadi isu kepada pempengaruh media sosial Michelle Maali, tetapi beliau akui terdapat cabaran melibatkan kelainan budaya dan bahasa.


Michelle Maali yang dilahirkan dan dibesarkan di Jerman telah mendirikan rumah tangga bersama Riza Amir yang merupakan jejaka kelahiran Malaysia berkongsi bahawa beliau mengikuti kursus untuk mendalami bahasa ibunda suaminya supaya dapat berkomunikasi bersama keluarga mentuanya dengan lebih baik.


“Saya mengikuti kursus Bahasa Melayu seminggu sekali where I am learning a bit more about the grammar, and special words and since then I have seen the improvement!


“Pada mulanya apabila kami mula memuat naik content di media sosial, ramai orang komen menggunakan Bahasa Melayu tetapi saya tidak faham. Because of that, I would always go to my husband and ask him what does this mean. So over time I just picked up all those abbreviations like ‘mcm’, ‘xnak’, ‘K’ because my husband’s family uses them all of the time” ujar Michelle mengenai usahanya untuk memahami Bahasa Melayu.



Beliau bersyukur dipertemukan dengan suaminya yang memperkenalkan budaya dan adat di Malaysia. Bagi Michelle, apabila seseorang itu mempunyai niat untuk bermastatutin di sesuatu negara, ianya penting untuk mempelajari budaya dan adatnya.


I feel like when you move somewhere, you should learn the language of the place even if it’s not perfect. Suami saya sentiasa teruja educate people about his hometown culture. There’s one day where we had a University National Day dan suami saya mewakili Malaysia untuk memperkenalkan budaya dan adat Malaysia dan dari situ juga la saya banyak mempelajari mengenai budaya Malaysia!” ujar Michelle teruja.



Selain daripada bersemangat mempelajari budaya dan adat negara lain, Michelle juga menzahirkan cintanya terhadap muzik dan sentiasa mengimpikan untuk menghasilkan muziknya tersendiri. Michelle yang juga menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi telah merealisasikan impiannya dengan memperkenalkan 2 lagu keluarannya iaitu ‘Ubah Hati Ini’ dan ‘Jom Kita Raya’.



Dengarkan ‘Ubah Hati Ini’ dan ‘Jom Kita Raya’ di Youtube & Spotify dan ikuti Michelle Maali di media sosialnya:





113 views0 comments

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah tentu menginginkan cahaya mata sebagai penyeri sesebuah keluarga. Bagi pelakon Asha Merican, beliau bersyukur dikurniakan zuriat selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga. Beliau mengakui terdapat perbezaan yang ketara apabila sudah bergelar seorang isteri dan juga seorang ibu.


“Bila dah ada anak ni memang terasa perbezaan yang ketara. Kalau nak keluar pun saya kena ikut masa baby. Kalau bersiap pun kadang-kadang saya tiada masa untuk makeup sebab terlalu sibuk uruskan anak, tetapi apa yang saya paling suka adalah setiap kali bangun pagi akan nampak muka anak saya!” kongsi Asha mengenai perbezaan kehidupan sehariannya selepas bergelar seorang ibu.



Menjadi impian setiap wanita untuk menjadi seorang ibu yang ideal. Asha juga sempat berkongsi beberapa ciri-ciri seorang ibu yang ingin dicapainya. Oleh itu, Asha membuat pelbagai persedian supaya beliau dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang ibu dengan lebih baik.


Of course saya nak jadi ibu yang baik, tegas, bertanggungjawab dan banyak lagi! Saya memang ada buat beberapa persediaan sebelum bersalin antaranya saya buat research pasal baby contohnya macam cara dukung, cara penjagaan, cara mandi dan lain-lain. Yelah sebab ni my first baby, jadinya saya kena buat lebih banyak persediaan,


“Suami saya pun ada belajar mengenai parenting sebab dia akan tolong saya uruskan hal anak sebab saya dah nak mula berlakon semula” ujar Asha.



Walaupun kehidupan seharian Asha sibuk dengan menjaga dan menguruskan anaknya, beliau akui rindu dengan jadual yang padat sebagai seorang pelakon. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk kembali menjalankan tugas sebagai anak seni selepas sudah mendapatkan rehat secukupnya.


In Syaa Allah pada bulan hadapan saya akan mula berlakon semula tapi buat masa sekarang, saya akan ambil tawaran lakonan untuk telemovie dahulu disebabkan penggambarannya lebih singkat berbanding dengan drama TV” kata Asha mengenai rancangan kariernya sebagai seorang pelakon.


Bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata pertama pastinya terdapat banyak yang perlu dipelajari. Oleh itu, Asha sempat memberikan beberapa pesanan berdasarkan pengalamannya.


“Tips Asha adalah jangan beli baju baby terlalu banyak sebab mereka cepat membesar. Lagi satu, saya sarankan buat research terlebih dahulu supaya kita lebih bersedia” kongsi Asha sekaligus mengakhiri perbualan.



Ikuti Asha Merican di media sosialnya:








58 views0 comments


Impak terkini yang dibawa oleh media sosial memberikan pendedahan lebih pantas mengenai apa-apa berita berkaitan seseorang selebriti. Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa yang mula dikenali melalui drama ‘Tentang Bulan’ akui beliau sering terjerat dengan kontroversi dan sudah lali apabila dirinya tular di media sosial . Disebabkan itu, beliau mempunyai caranya yang tersendiri untuk menangani perkara tersebut agar tidak mempengaruhi kesihatan mentalnya.


“Satu benda yang saya belajar daripada benda-benda yang viral ni saya dah tahu mulut netizen macam mana, they would always have something to say. Bagi saya, kalau saya terlalu mengambil kisah apa yang mereka cakap nanti hidup saya akan sedih. Sebelum ini, saya terlalu mengambil berat tentang komen-komen daripada netizen sampai setiap kali i walk out the house, saya rasa macam berjalan atas kaca dan banyak mata memerhati,


“Saya sedar akhir-akhir ni saya sering viral di media sosial melibatkan saya dan suami tapi saya cuba untuk tidak baca dan tidak react dengan komen-komen negatif sebab orang macamni sebenarnya mahukan perhatian” kongsi Fatin cara beliau menangani komen-komen negatif dari pengguna media sosial.



Going to Umrah is like me going back to where I suppose to be” jawab Fatin apabila ditanya bagaimana beliau terdetik ingin melakukan ibadah Umrah. Beliau menzahirkan rasa syukurnya apabila beliau dan suami dipilih menjadi tetamu Allah sekaligus berpeluang untuk beribadah dan merehatkan minda daripada media sosial.


“Saya pertama kali melakukan Umrah dengan niat saya dapat berubah ke arah yang lebih baik. Pergi Umrah tu sebenarnya my bucket list dan apa yang istimewanya sebab saya pergi ketika bulan Ramadan dan berada di sana semasa 10 malam terakhir Ramadan. It was a good memory!” kongsi Fatin.



Bagi Fatin, rayanya tahun ini sedikit berbeza kerana beliau tidak dapat berada di samping anak-anaknya pada hari pertama Aildilfitri. Beliau akui terdapat perasaan sedih tidak beraya bersama keluarnya di Malaysia namun beliau bersyukur dapat merasai kelainan beraya di Tanah Suci.


“Raya kali ini memang berlainan sebab saya hanya beraya dengan Opai di Tanah Suci tanpa anak-anak which is tak pernah terjadi dalam hidup saya. Disebabkan itu, saya sedih la juga sebab berjauhan dari anak-anak pada hari raya. Tapi saya masih bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai beraya dekat sana sebab memang sangat berbeza suasana dan culture beraya di Tanah Suci berbanding dengan Malaysia” kongsi Fatin mengenai kelainan dan pengalamannya pertama kali beraya di sana.



Ikuti Fatin Afeefa di media sosialnya:



28 views0 comments
bottom of page