Semakin mencipta nama sebagai model, penyanyi dan pelakon terkenal, mungkin ramai yang belum tahu As’ad Motawh pernah menuntut di Sekolah Tahfiz suatu ketika dahulu.
Menjelang bulan Ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi, As’ad sempat berkongsi kenangan berpuasa sebagai pelajar tahfiz ketika ditemui baru-baru ini.

As'ad pernah menuntut di sekolah tahfiz selama setahun
“As’ad menuntut di sebuah sekolah tahfiz di Ampang selama hampir setahun. Ketika bulan puasa, kami banyak travel pergi ke masjid sana-sini, melakukan ibadah di merata tempat. Pendek kata, memang full of activities.”
“Yang paling seronok, sebab buat aktiviti ramai-ramai dengan kawan-kawan. Walaupun kami pelajar tahfiz, tapi biasalah umur masih muda, ada yang nakal-nakal juga”, ujarnya berseloroh.

Mahu lebih fokus kepada ibadah di bulan Ramadan
Ditanya mengenai aktiviti ibadah sejak bergelar selebriti, As’ad mengakui, kesibukan jadual harian kerjaya seninya pada waktu lain menyebabkan beliau mahu memberi lebih keutamaan untuk beribadah di bulan Ramadan.
“Setiap tahun di bulan Ramadan, saya akan cuba untuk khatam Al-Quran. Saya juga akan cuba menjalankan ibadah lain seperti solat Terawih, Qiamullail dan sebagainya. Tetapi itu tidak bermaksud saya “bercuti” terus dari bekerja, kalau ada offer yang bersesuaian, saya tetap akan terima. Cuma mungkin kalau hari biasa saya biasanya bekerja sehingga 16 jam sehari, di bulan Ramadan, mungkin saya akan bekerja sekitar 5-6 jam sahaja”, katanya mengakhiri perbualan.
Ikuti As'ad Motawh di laman sosialnya:
Comentarios