Natasha (kiri) melakonkan watak ‘Along’ bersama Puteri Balqis (kanan). Gambar: Instagram/ Natasha Elyzza
Natasha Elyzza atau lebih mesra dipanggil Tasha, menyahut cabaran untuk melakonkan watak yang agak mencabar iaitu watak sebagai orang kurang upaya (OKU) di dalam telemovie Malaysia pertamanya yang bernama ‘Angah’.
Tasha mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2013 atas jasa Emma Maembong yang merupakan kawan baiknya sejak Emma belum menjadi terkenal lagi.
“Dulu Tasha pernah buat extra, tapi sekejap je. Selepas itu, Tasha berhenti jadi extra dan bila Emma mula jadi pelakon, dia pun pernah ajak Tasha masuk set dengan dia untuk cerita 3 nenek, 3 dara.
“Dan sejak itulah, Tasha dapat tawaran berlakon dan selepas itu saya berpeluang untuk berlakon dalam drama pertama saya iaitu, ‘Duri Di Hati’ yang diarahkan oleh Michael Ang,” ujar Tasha.
Kini, dengan pengalaman hampir 10 tahun, Tasha telah membintangi pelbagai drama popular seperti Projek Memikat Suami, Dunia Generasi Baru, Isteri Separuh Masa, The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja, Kimchi Untuk Awak, Rahsia Hati Perempuan, Isteri vs Tunang, The Hotel (drama) dan banyak lagi!
Minggu lepas, admin berpeluang menemubual Tasha mengenai pengalaman dan wataknya sebagai ‘Along’ dalam telemovie ‘Angah’ yang berdasarkan kisah sebenar.
Jom kita baca apa kata Tasha!
Natasha (kiri) dalam set telemovie ‘Angah’. Gambar: Instagram/Natasha Elyzza
BOLEH TAK KONGSI SEDIKIT TENTANG TELEMOVIE YANG TASHA BINTANGI, ‘ANGAH’?
“Untuk kali pertamanya, Tasha berlakon dalam cerita yang berat. Watak yang Tasha pegang merupakan watak paling mencabar sebab ini adalah kali pertama Tasha berlakon jadi orang kurang upaya (OKU).
“Walaupun, cerita ini sedih dan banyak scene menangis, cerita ni sangat best. Tasha tak sabar nak tunggu cerita ini keluar sebab Tasha nak semua orang tengok cerita tu. Tahlah, (ketawa) sebab memang best. Tak tahu nak cakap macam mana, korang kena tengok cerita tu sendiri baru korang faham,” kata Tasha.
APA RASANYA BEKERJA DENGAN PELAKON SERTA/ATAU TERLIBAT DALAM TELEMOVIE TU?
“OMG it is an honour! Tasha sangat-sangat bersyukur dapat buat telemovie tu. For the first time Tasha kerja dengan Kak Eyra Rahman dan Puteri Balqis. Jadi, masa kali pertama Tasha masuk set dan bila dapat tau yang Tasha akan berkerja dengan Kak Eyra dan berlakon dengan Puteri Balqis, Kak Aleza, Abang Bohari dan yang lain-lain, Tasha jadi gementar sangat sebab Tasha macam wow nama yang besar so Tasha rasa takut.
“Tapi Alhamdulillah, Kak Eyra pun banyak tolong. Ramai tolong Tasha dalam cerita tu jadi cerita tu banyak kenangan (ketawa). Walaupun 7 hari kitorang rakam, cerita tu sangat memberi impak kepada Tasha,” katanya.
APA YANG ANDA PALING SUKA TENTANG WATAK ‘ALONG’?
“Telemovie Angah ni, apa yang Tasha suka dengan watak ni adalah dia seorang kakak dan walaupun dia OKU tapi dia sangat sayang family dia. Along sangat usahakan untuk menolong keluarga dan tak pernah putus asa, jadi Tasha sangat sukalah dengan watak ini.
“Banyak banyak benda sebenarnya yang Tasha suka tapi Tasha tak boleh nak pilih yang mana satu. Daripada awal sampai akhir, Tasha memang suka watak ni,” kata Tasha.
SELAIN WATAK ‘ALONG’, APA PERKARA YANG TASHA PALING SUKA TENTANG LAKONAN?
“Bila dapat watak! Tasha akan rasa teruja bila dapat watak baru dan bila dapat skrip, keseronokan untuk belajar watak baru tu ada. Macam, minat untuk berlakon. Tasha ni seorang yang pemalu sebenarnya, tak tahu la tapi bila dapat berlakon tu lain sikit (ketawa),” katanya.
CABARAN TERBESAR YANG TASHA HADAPI KETIKA MELAKONKAN WATAK ‘ALONG’?
“Cabaran paling terbesar adalah watak dia sangat mencabar. Watak yang Tasha lakonkan tu, Tasha tak pernah bawa watak yang lumpuh dan lagi satu, Tasha ingat Tasha tak ada keyakinan diri untuk bawa watak ‘Along’ tu,” katanya.
UNTUK AKHIRI, PERNAH TAK TERIMA SEBARANG KRITIKAN? IF ADA, APA REAKSI TASHA BILA BACA/DENGAR KRITIKAN TU?
“Ada! Masa awal-awal berlakon dulu banyak kena marah, sebab dulu Tasha tak belajar dan tak reti berlakon, dan tau-tau dah masuk set. Tasha tak tahu mana satu angle.
“Tasha sangat kayu tapi alhamdulillah ramai orang ajar dan tolong Tasha. Bila Tasha tengok orang berlakon semua, dari situ tasha boleh berlakon sikit-sikit dan sampai sekarang, Tasha masih belajar. Banyak sangat Tasha kena belajar,” ujar Tasha.
Jangan lupa untuk menonton Telemovie ‘Angah’ di Astro Citra.
Ikuti Natasha Elyzza di media sosialnya:
Comments