Nak tahu lebih lanjut tentang Ellya Keesha dalam dunia tariannya? Jom baca artikel ini di mana Ellya berkongsi pendapat dan pengalamannya mengenai industri tarian di Malaysia.

Ellya Keesha mahu buka studio tarian pada masa akan datang. Gambar: Instagram/Ellya Keesha
Pada pandangan Ellya Keesha, 19, tarian merupakan satu seni yang bernilai.
Ellya yang membesar dalam dunia seni, berpendapat bahawa bidang tarian kurang dihargai di Malaysia. Sepatutnya, mereka yang terlibat dalam bidang tarian perlu mendapat lebih banyak pengiktirafan dan penghargaan.
"Kalau tengok penari di Malaysia, mereka selalu dipanggil ‘backup dancers’ atau sesuatu gelaran yang hampir sama makna dengan tu, seolah-olah mereka tidak diberikan pengiktirafan yang tinggi. Disebalik tabir, untuk menjadi seorang penari, mereka memerlukan banyak kemahiran dan latihan.
“Jadi, saya harap bidang tarian dapat lebih penghargaan sebab ia sangat memakan masa terutamanya tarian berkumpulan, sebab perlu hafal tarian dengan betul dan banyak praktis untuk keseragaman. Walaupun ramai penari di Malaysia mempunyai kemahiran menari yang bagus, mereka masih dilabel sebagai ‘backup dancers’,” jelas Ellya.
Ellya dengan penuh optimis dan harapan, berharap penari di Malaysia boleh diberi peluang yang sama seperti pelakon dan penyanyi. Apabila ditanya tentang perancangan masa depannya dalam bidang tarian sebagai kerjaya professional, Ellya harap dia dapat buka studio tariannya sendiri satu hari nanti.
“Sebelum saya tamat belajar, saya sebenarnya ada keinginan nak sambung belajar dalam bidang tarian. Tapi saya membuat keputusan yang tarian ni adalah sesuatu yang saya boleh sambung belajar tidak kira tempat atau waktu daripada orang disekeliling saya.
“Ini merupakan salah satu impian saya sejak kecil lagi. Jadi secara profesionalnya, saya berhasrat untuk melaksanakannya satu hari nanti. Sekarang merupakan waktu dimana saya patut hadir pelbagai kelas untuk belajar supaya satu hari nanti saya boleh menjadi seorang pengajar atau apa-apa kerjaya dalam bidang tarian,” kata Ellya, dengan mata bersinar dan penuh teruja.

Ellya Keesha berpendapat yang pemikiran positif sebelum menari adalah sangat penting. Gambar: Instagram/Ellya Keesha
MULAKAN DENGAN PEMIKIRAN YANG POSITIF SEBELUM MENARI
Korang tahu tak, korang boleh pergi jauh dengan pemikiran yang positif? Ellya berkongsi pengalamannya menari semasa dia masih kecil dan macam mana dia boleh kekalkan pemikiran yang positif dan sihat dengan adanya orang-orang disekelilingnya yang memberikan sokongan dan dorongan sebelum menari.
“Dulu, sebelum saya mula menari, pemikiran saya tak begitu sihat sebab saya selalu bandingkan diri saya dengan orang lain. Jadi, kalau saya tengok ada orang yang lebih bagus daripada saya, saya akan menangis dan rasa kecewa dengan diri sendiri (ketawa).
“Saya pernah menjadi salah seorang yang selalu menangis masa latihan menari sebab saya rasa macam saya tak berapa cekap menghafal tarian dalam masa yang singkat. Disebabkan saya lalui fasa yang tidak matang itu, saya menjadi tertekan semasa latihan berlangsung.
"Jurulatih dan kawan-kawan saya banyak memberikan dorongan dengan mengajar cara untuk tidak menyalahkan diri sendiri. Sepatutnya, saya hanya perlu focus mencari jalan penyelesaiannya untuk masalah yang saya hadapi,” Ellya ketawa.
LEBIH BESAR, LEBIH BAIK
Ellya juga minat untuk berlakon, mengacara dan menyanyi pada masa lapangnya. Dengan persembahan tarian pada usia 5 tahun dan kemudiannya mula mendapatkan latihan pada usia 8 tahun, Ellya menyatakan gaya tariannya sebagai ‘semakin besar gerakan yang saya buat, semakin saya dapat mengekspresikan diri.’
“Saya rasa mungkin disebabkan saya dibesarkan dengan melakukan tarian bertemakan tradisional moden, lirikal dan kontemporari, saya rasa gaya tarian saya lebih kepada perkara yang besar sebab saya suka membuat pergerakan tarian yang besar,” ujar Ellya.

Ellya Keesha bersama ahli kumpulannya berjaya melepasi uji bakar Asia’s Got Talent. Gambar:sabrinasaw.com
MEMORI PALING BERHARGA: ASIA’S GOT TALENT
Pada tahun 2015, Ellya dan ahli tariannya pernah menyertai Asia’s Got Talent. Itu merupakan pencapaian paling tinggi dalam hidupnya. Ellya turut berkongsi salah satu memori terindahnya semasa menyertai rancangan Asia’s Got Talent.
“Masatu kami berusia 12 atau 13 tahun, tapi kami berjaya melepasi uji bakat secara langsung untuk rancangan tu. Para juri bagi 4 ‘YES’ kepada kami! Saya membesar dengan ahli tarian saya sejak kecil, sebab tu lah Asia’s Got Talent merupakan salah satu pencapaian terbesar saya.
“Dengan jurulatih ni, saya dah lama menari dengan mereka. Jadi, mereka tu ibarat keluarga bagi saya. Kami bersusah-senang dan belajar daripada satu sama lain,” kata Ellya.
PENARI BERBAKAT DIJADIKAN SEBAGAI INSPIRASI
Ketika Ellya masih kecil, jurulatihnya merupakan inspirasinya untuk menjadi penari yang berbakat. Dari jurulatih tarian, penari lokal hingga antarabangsa, mereka merupakan orang yang Ellya dapat contohi dari semasa ke semasa. Tapi apa yang paling penting padanya, adalah betapa berbakatnya tarian mereka.
"Jurulatih Ellya bagi inspirasi kepada Ellya sejak Ellya masih kecil lagi sebab saya dapat belajar semua perkara daripada mereka pada ketika tu dan saya tak terdedah sangat kepada ramai penari di luar sana, jadi saya respect jurulatih tarian saya. Saya nak jadi seperti jurulatih saya.
"Jadi, ketika membesar, saya ada jumpa – eh bukan jumpa (ketawa) tapi saya dapat kenal lebih ramai penari dari kumpulan lokal yang saya memang suka tengok. Zeppo, Youngsterz, The Nasty Rock Crew, dan juga duo ni; Kaycee Rice dan Sean Lew. Saya ada ikut tarian mereka sejak saya masih kecil lagi dan mereka juga sangat muda, jadi mereka sangat memberi inspirasi kepada saya.
"Salah satu inspirasi utama saya juga adalah AC Bonifacio, saya rasa dia dari Filipina, kalau korang google dan cari namanya, korang boleh cari dan tidak dilupakan juga, Lisa daripada BLACKPINK, dia adalah salah satu inspirasi saya," kata Ellya.
DANCE’S BACKDROP DIINSPIRASIKAN OLEH SET BROADWAY
Dua bulan lalu, Ellya ada post satu video tarian di Instagram Reelsnya (IG). Ia merupakan tafsiran tarian "America" daripada muzikal yang diarahkan oleh Steven Spielberg yang popular iaitu "West Side Story." Diilhamkan oleh set Broadway yang digunakan di Amerika, Ellya mengambil inspirasi dari situ dan menerapkannya dalam videonya.
“Dalam caption, saya ada sebut nama choreographer yang satu ni; nama dia Galen Hooks. Dia seorang choreographer dari Amerika.
“Sebenarnya, saya guna choreography tariannya. Jadi, itu tafsirannya tapi apa yang menjadikannya unik, adalah benda-benda kecil seperti kalau korang tengok dalam IG Reels Ellya, dekat area belakang sana, ada macam satu backdrop ni dan saya tak suka posisikan diri saya dalam frame backdrop tu, jadi saya just berdiri di depan backdrop. Korang boleh lihat angle kamera dan segala-galanya.
“Saya sengaja buat macam tu sebab di Broadway - semuanya dilakukan di set, jadi korang boleh tengok set itu. Jadi, saya fikir kalau saya buat macam tu, benda ni boleh memberi gambaran macam dekat atas pentas Broadway,” jelas Ellya.
Selain terinspirasi dengan set Broadway, Ellya juga ada mengalami sesuatu yang berbeza daripada apa yang dia biasa menari, iaitu genre tarian.
“Terbaik! Saya suka video muzik sebab ada benda yang berbeza daripada yang benda biasa yang saya pernah buat. Ia bukan hip-hop, tapi sangat tak tahulah, ia sangat berbeza. Tarian ni agak susah juga untuk belajar masa awal-awal tapi semakin saya praktis, tarian tu jadi lebih best. Jadi bila saya rakam video tu, saya macam wow! Saya rasa saya nak ada dalam muzikal satu hari nanti,” Ellya ketawa.
Ikuti Ellya Keesha di media sosialnya:
Comments