top of page
Search
Writer's picturefifi izzati

Cita-cita akhirnya direalisasikan, Farhanna Qisrina ikhlas bekerja walaupun hadapi cabaran


Percaya minat mengatasi segalanya, Farhanna Qisrina memegang prinsip ‘rajin dan usaha tangga kejayaan’. Melabelkan diri sebagai pempengaruh media sosial, beliau menyatakan hasratnya untuk mengembangkan sayap dalam industri hiburan selepas berada di bawah naungan XENO.


I label myself as social media influencer sebab buat masa sekarang, saya tiada rancangan untuk menjadi penyanyi, berlakon pun tak sangat. Dulu saya ada berlakon tapi saya berhenti semasa saya berumur 10 atau 9 tahun dahulu. Now, kebiasaannya saya share my lifestyle, apa saya buat and my works on social media,” ujar beliau.


Mempunyai ahli keluarga yang juga berlatarkan dari industri hiburan, Qisrina akui dirinya ingin menjejakkan diri dalam industri tersebut disebabkan minat dan juga pengaruh kakaknya.


“Boleh dikatakan saya nak join industri hiburan disebabkan kakak saya tapi satu lagi memang disebabkan minat. Macam video menari dekat TikTok semua tu memang minat saya!” kongsi Qisrina teruja.


Sudah menjadi kebiasaan untuk seseorang selebriti dikenali ramai. Kakak beliau iaitu Farhana Qismina atau lebih mesra dikenali sebagai Sweet yang merupakan seorang pelakon juga tidak terlepas daripada menjadi tumpuan orang ramai. Qisrina akui dirinya kadang kala merasakan tekanan apabila orang ramai mengetahui dirinya adalah adik kepada seorang figura terkenal.


“Kadang-kadang saya ada rasa pressure sebab bila saya keluar dengan kakak dan mama, mesti saya akan dengar orang berbisik: “Eh, tu Sweet ke?” Bila berjalan dengan kakak pun orang akan selalu pandang. Sometimes saya ada juga la rasa tak selesa tapi sekarang saya dah terbiasa dan rasa biasa-biasa je,” ujar Qisrina.


Sudah menjadi lumrah untuk seseorang mempunyai cita-cita dari kecil. Sama seperti Qisrina, beliau menyimpan impian untuk menjadi seorang pramugari sejak dari bangku sekolah lagi.



“Saya pilih untuk jadi cabin crew sebab saya memang minat daripada kecil. Setiap kali saya nampak pramugari bila naik kapal terbang, saya akan cakap dekat mama: “Okay mama, I wanna be like that kakak!” Bila dah habis sekolah tu, tak terfikir pun nak jadi pramugari tapi waktu tu tengah tunggu emel daripada universiti. Tiba-tiba, my mom cadangkan untuk saya pergi interview untuk jadi pramugari. Disebabkan tu la, saya cuba pergi interview dan kali kedua tu baru saya dapat. Kiranya, impian saya menjadi kenyataan. But then, Alhamdulilah la sebab mama memang support saya!” ujar Qisrina apabila ditanya mengapa beliau memilih pramugari sebagai kerjaya.


Walaupun pramugari adalah kerjaya impiannya, beliau mengakui terdapat pelbagai cabaran dihadapinya sepanjang bekerja. Namun, Qisrina berpegang kepada prinsip untuk sentiasa ikhlas ketika bekerja. Selain itu, kerjayanya sebagai pramugari yang sering kali dikaitkan dengan stereotaip yang kurang menyenangkan tidak menghalang beliau untuk terus mengejar impiannya.



“Cabaran tu mesti ada, tapi paling mencabar adalah bila kena berhadapan dengan penumpang kapal terbang. Sometimes bila flights are delayed ataupun makanan tak cukup, passenger akan marahkan kami. Lagipun perkara ni memang di luar kawalan kami. Tapi, itu la antara cabaran yang saya perlu hadap. Iainya sukar tapi kalau penumpang tidak suka ataupun marah, sebagai kru saya perlu layan dengan baik, kena senyum. Bagi saya, itulah challenge nya tapi saya akan cuba menjalankan tugas saya dengan seikhlas hati.


“Pada pendapat saya, tidak semua kru ingin menjadi diva dan glamour, mungkin sebahagian sahaja. Tetapi bagi saya, kru kabin itu adalah pekerjaan dan karier, bukanlah sesuatu tiket untuk menjadi diva dan menunjuk. After all, pramugari itu adalah sebuah karier sama seperti karier yang lain,” kongsi Qisrina tentang cabaran yang dihadapi sepanjang menjadi pramugari.


Menghargai pengorbanan dan jasa orang tua dan adik-beradiknya, salah satu azam tahun baru beliau adalah untuk membalas semula jasa mereka.


“Saya ada azam untuk kumpul duit sebab nak belanja mama. Orang kata berkat bila bagi duit dekat orang tua kan? Tu salah satunya la. Then, satu lagi nak balas jasa kakak sebab daripada saya kecil, kakaklah yang menjaga dan bagi duit belanja,” ujar Qisrina sekaligus mengakhiri perbualan.



Ikuti Farhanna Qisrina di media sosialnya:



129 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page