DAMANSARA - Sudah empat tahun menjadi pengacara dalam bidang e-Sukan, kini Fiera Fendi ingin meneroka dalam bidang pengacaraan yang lain.
Mengulas lebih lanjut, pengacara berumur 25 tahun itu berkata, minatnya lebih kepada outdoor seperti travelogue atau vlog.
“Kalau ikutkan nak kata minat tu sebenarnya bukan untuk e-Sukanlah. Nak jadi pengacara itu ada tapi lebih kepada outdoor.
“Tapi sebab peluang itu bermula dalam e-Sukan, jadi saya teruskan sahaja dan follow the flow je lah. Lama-lama dia minat juga cuma tujuan utama saya menjadi pengacara luar,” katanya.
Menurut Fiera, rezeki dalam bidang pengacaraan bermula sejak beliau berumur 21 tahun sebagai pengacara dan talent.
“Saya memang sebelum ini pengacara sepenuh masa dalam bidang e-Sukan tetapi saya bermula dengan menjadi freelance talent dulu.
“Selepas itu saya terlibat dalam produksi TVC semasa saya berumur 18 tahun dan juga dalam beberapa video muzik serta drama. Kemudian terus masuk dalam e-Sukan,” kata Fiera yang kini membuat freelance balik.
Tambah Fiera, beliau akui memang tidak suka buat benda yang sama dan kini ingin cuba bidang lain.
“Jadi sekarang ni, saya tengah nak dan kalau boleh keluar dari bidang e-Sukanlah. Tapi saya masih bekerja dalam bidang ni cuma dah slowly sebab sebenarnya target daripada dulu sampai sekarang, benda yang tak dapat lagi adalah untuk jadi pengacara untuk travelogue atau vlog,” kongsi Fiera.
Fiera juga berkongsi bahawa dunia pengacaraan merupakan pekerjaan paling sesuai untuk jiwanya.
“Antara kerja-kerja yang saya pernah dapat sebelum ni, saya rasa memang saya sesuai jadi pengacaralah. Hosting benda yang saya paling suka dan benda yang paling saya tak suka adalah benda yang formal,” kata Fiera dalam satu temubual.
Ikuti Fiera Fendi di media sosial:
Comments