top of page
Search

Masih Memerlukan Masa Untuk Biasakan Diri, Kata Amir Muzam

nurarisa

Updated: Aug 3, 2022



Sudah dua tahun dalam industri hiburan, kini Amir mahu cuba banyak benda. Gambar: Instagram/Amir Muzam



Amir Muzam, 19, yang pernah tular di TikTok kerana video ‘Abang baju kuning’, masih memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan populariti yang diraihnya.


Dengan lebih 541.6K pengikut di TikTok, Amir telah menerima pelbagai peluang kolaborasi di Instagram dan terus menarik perhatian pengikutnya dengan membuat kandungan TikTok yang menghiburkan.


“Mula-mula saya buat video dengan kawan saya yang abang baju kuning yang viral dulu tu kat Twitter. Pastu, video tu tetiba blow up, dan saya macam terkejut lah.


“Bila ramai dah follow, saya mula buat banyak contents dekat TikTok. Hampir kesemua video saya buat adalah dari Instagram juga,” kata Amir.




Amir bermula main TikTok pada tahun 2020, tak sangka akan jadi terkenal. Gambar: Instagram/Amir Muzam


MASIH TERKEJUT MEMPUNYAI RAMAI PEMINAT

Bermula main TikTok pada umur 17 tahun, Amir masih rasa terkejut apabila ramai orang mahu ‘follow’ di akaun TikTok dan Instagramnya.


“Saya rasa macam bangga dan pelik, sebab kadang-kadang tertanya juga orang-orang ni tak bosan ke dengan TikTok contents saya. Dahlah merepek! Tapi kalau diorang nak follow, follow lah dan saya boleh buat lagi contents,” ujar Amir.


TIDAK SELESA LAGI

Ketika ditanya tentang perasaannya apabila orang mengenalinya di luar, Amir memberitahu dia masih membiasakan diri.


“Ada masa rasa biasa je and ada masa rasa tak selesa sikitlah bila orang ambil gambar saya tanpa izin macamtu.


“Dan kadang-kadang orang akan post kat TikTok and video akan tular, jadi saya rasa macam segan sikit lah,” kata Amir.


PEMALU DI BELAKANG CAMERA

Amir yang berasal dari Shah Alam menyatakan dirinya di belakang kamera seorang yang agak pemalu.


“Kalau orang jumpa diri saya kat mana-mana, saya rasa saya akan jadi seorang yang pemalu sebab takut diorang rasa macam kenapa muka Amir ni lain eh atau macam apa yang orang expect kat Amir tu lain,” kata Amir.


FILTER COMMENTS YANG BERUNSUR KECAMAN

Bercakap mengenai kecaman di media sosial, Amir pernah dapat kecaman di ruang komen TikTok videdonya.


“Kadang-kadang ada jugak kecaman dalam ruang komen, tapi bukan semua, sesetengah lah.


“Jadi, saya akan filter comments sikit sebab if sorang kecam, lagi ramai akan kecam. Jadi, better tapis kecaman orang dengan menggunakan filter comments,” Amir jelaskan dalam satu temubual, minggu lepas.


MAHU MENDALAMI ILMU SENI

Apabila disoal tentang ‘plans’ dalam industri hiburan, Amir berfikir untuk kekal jadi content creator sahaja.


“In the future, saya akan buat banyak contents tentang arts sebab saya memang minat arts,” kata Amir.



Ikuti Amir Muzam di media sosialnya:



 
 
 

Comments


© 2021 XETOPIA, sebuah anak syarikat XENO Entertainment, Malaysia

E-Mail : info@xeno.asia | Mobile : +601122001188

LANGGANI XETOPIA SECARA PERCUMA

Terima kasih kerana sudi melanggani kami

bottom of page