Muzik video merupakan satu elemen yang penting untuk menetapkan imej dan identiti sebuah pemuzik itu. Oleh itu, XONE memilih untuk membawa konsep ‘Barbie Punk’ bagi muzik video pertama mereka untuk mempamerkan identiti mereka yang tersendiri dan berbeza daripada kumpulan duo yang lain.
Menzahirkan rasa cinta terhadap muzik K-Pop, Ellya dan Nelysa akui mereka mengambil K-Pop sebagai inspirasi bagi karya mereka. Namun, mereka menegaskan XONE mempunyai imej yang tersendiri dan berharap supaya tidak disamakan dengan kumpulan K-Pop.
“Perkara yang paling penting bagi kami untuk debut ini ialah we wanted to be as original as we can. We put a lot of thought into everything in this debut. Jadi, kami mengambil keputusan untuk memilih konsep ‘Cyber Punk’ tetapi bukannya sepenuhnya punk, kami campur juga dengan elemen ‘Barbie’ disebabkan kami berdua juga ada yang side yang girly. So, we wanted to bring the best of both world into our concept,” kongsi Ellya tentang pemilihan konsep bagi video muzik mereka.
“Obviously, K-Pop adalah faktor insiprasi yang sangat besar. Saya rasa dalam industri muzik antarabangsa pun boleh nampak mereka look up to K-Pop. Tetapi, apa yang saya boleh cakap adalah concept kami adalah memang authentic and original. Disebabkan itulah kami memilih untuk mempunyai nama kumpulan yang simple iaitu XONE which is ‘N’ stands for Nelysa and ‘E’ stands for Ellya yang menunjukkan everything that we releases mencerminkan identiti kami. We do not want be following like what other people do or be pressured to do what everyone elses doing,” ujar Nelysa.
‘Bagai isi dengan kuku’ - perumpaan tersebut tepat menggambarkan hubungan akrab antara Ellya dan Nelysa yang sudah bersahabat selama 12 tahun. Bagi mereka, debut bersama sebagai kumpulan duo adalah peluang yang menakjubkan dan tidak akan mereka lepaskan.
“Kami mempunyai chemistry yang sangat kuat sejak dulu lagi. We are so in sync, we think the same and we even laugh the same! Kalau Nelysa fikirkan sesuatu perkara tu, mesti saya pun fikir benda yang sama pada masa yang sama juga. Kami memang mempunyai chemistry yang semula jadi and I do not think I have that with anyone else!” ujar Ellya ketika ditanya cara mereka mengekalkan persahabatan walaupun sebagai rakan sekerja.
“Orang selalu cakap friends should not become business partners kan? Tapi, walaupun kami tidak bekerjasama bersama, ataupun kalau Ellya with her own project and me with my own project, kami selalu bercerita tentang masalah kami to each other. Our relationship has always been like that. It is a healthy friendship I would say!” Soo yeah, saya rasa lebih selesa debut sebagai kumpulan duo bersama Ellya daripada solo,” kongsi Nelysa.
Ellya akui iainya sukar untuk beliau mencari imej dan identiti dirinya sebagai seorang pemuzik. Beliau berkongsi bahawa untuk membentuk XONE adalah proses yang panjang.
“Saya dapat demo lagu ini pada awal tahun 2020 sebenarnya. Before I decided to make it as a duo song, I was having a really hard trying to figure out how to make it sound more ‘me’. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap, disebabkan itu saya ajak Nelysa untuk join projek ini bersama saya. Saya boleh cakap we transform 60% of the song from what it is to what is now,” kongsi Ellya tentang bagaimana XONE boleh terbentuk.
Sebagai seorang pemuzik yang suka bereksperimen dengan pelbagai genre muzik, XONE meluahkan hasrat mereka untuk mencuba pelbagai genre musik dan konsep video muzik yang pelbagai.
“Banyak sangat benda yang kami nak cuba! We want to explore everything actually. R&B, Indie atau apa apa lah genre muzik selain the mainstream one. Just to explore to make fun music!” ujar Ellya teruja.
“Kita next song dah nak switch genre! Probably not ‘dance pop’. Kami nak eksperimen sebanyak mana kami mampu dari segi muzik dan juga visual stuff. Sama juga dengan konsep kami, iainya tidak akan ‘Barbie Punk’ selamanya. Selagi kami rasa ini apa yang kami mahu, kami ingin mencuba pelbagai genre baru and keep it interesting for the listeners, viewers and for ourselves!” jawab Nelysa.
XONE mengharapkan karya mereka akan diterima dan mendapat sambutan hebat daripada peminat muzik tanah air. Lagu debut mereka ‘Lantaklah’ telah menemui peminat di seluruh platform penstriman digital pada 23 Disember lepas dan muzik video pada 10 Februari.
“Saya sangat berharap karya kami akan diterima dan disukai oleh semua peminat muzik tanah air. I know there is alot of groups and everything arising now, tapi saya harap orang ramai memberi perhatian kepada kami. We put a lot of thought and heart into our work. So, saya berharap iainya akan dihargai!” ujar Ellya berharap agar karyanya akan diterima ramai.
“Saya sangat bersyukur saya dapat experience semua ni sebab ini adalah impian saya dari dulu lagi. Harapnya kami berdua dapat perform dengan baik sebagai XONE and we hope that we can make everybody proud with it! Saya ingin terus menyampaikan mesej positif melalui karya kami. Mana tahu satu hari nanti kami boleh ke peringkat antarabangsa kan! That is definitely a growth for us!” kongsi Nelysa sekaligus mengakhiri perbualan.
Dengarkan single pertama XONE, ‘Lantaklah’ di semua platform penstriman digital dan saksikan muzik video di akaun rasmi YouTube XONE.
Ikuti XONE di media sosialnya:
Comments