top of page
Search

Sedih tinggalkan Malaysia, Leona teruja sambung belajar di United Kingdom

Writer: niksyafiq3niksyafiq3

Pastinya ramai sedia maklum mengenai pemergian pelakon dan personaliti media sosial, Kasih Iris Leona, 20, yang kini berada di United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran di sana.


Sebelum berlepas, Leona sempat berbual dengan wakil Xetopia yang sempat ditemui sebelum berlepas baru-baru ini.


“Perasaan saya agak bercampur baur. Saya sangat teruja tetapi pada masa yang sama, agak sedih untuk meninggalkan Malaysia. Sedih nak tinggalkan kawan-kawan dan keluarga di sini. Bimbang juga untuk memulakan hidup berdikari di negara orang”, ujar Leona yang menyambung pengajian dalam bidang pengurusan di University of Bath selama 3 tahun.


“Selalunya, saya ke United Kingdom untuk bercuti. Bila bercuti, saya pasti akan kembali ke Malaysia selepas 2 atau 3 minggu. Ini kali pertama saya ke sana untuk tempoh masa yang lama. Saya pasti akan merindui kehidupan di Malaysia”.



“Tetapi, seperkara yang pasti, saya akan belajar lebih banyak mengenai kehidupan dan budaya asing di sana. Contohnya, rakan kuliah di sana pastinya terdiri dari pelbagai latarbelakang dan bangsa berbeza yang datang dari seluruh dunia. Saya teruja untuk melalui pengalaman tersebut”, tambah Leona lagi.


“Suatu hari nanti, mungkin saya akan jemput ahli keluarga saya untuk melancong dan berjalan di sekitar kawasan kampus saya. Tamat pengajian nanti, mungkin saya akan terus bekerja tetapi buat masa sekarang, belum pasti di mana. We’ll see how it goes namun yang pasti, saya akan pulang ke Malaysia setiap kali cuti semester!”, kata Leona mengakhiri perbualan.


Ikuti Leona di laman sosial beliau:

 
 
 

Comments


© 2021 XETOPIA, sebuah anak syarikat XENO Entertainment, Malaysia

E-Mail : info@xeno.asia | Mobile : +601122001188

LANGGANI XETOPIA SECARA PERCUMA

Terima kasih kerana sudi melanggani kami

bottom of page