Kebelakangan ini, perkahwinan berlainan kaum dan bangsa mendapat perhatian ramai di Malaysia disebabkan pendedahan oleh pempengaruh media sosial yang ingin berkongsi kehidupan mereka. Berkahwin dengan seseorang dari bangsa yang berbeza tidak pernah menjadi isu kepada pempengaruh media sosial Michelle Maali, tetapi beliau akui terdapat cabaran melibatkan kelainan budaya dan bahasa.
Michelle Maali yang dilahirkan dan dibesarkan di Jerman telah mendirikan rumah tangga bersama Riza Amir yang merupakan jejaka kelahiran Malaysia berkongsi bahawa beliau mengikuti kursus untuk mendalami bahasa ibunda suaminya supaya dapat berkomunikasi bersama keluarga mentuanya dengan lebih baik.
“Saya mengikuti kursus Bahasa Melayu seminggu sekali where I am learning a bit more about the grammar, and special words and since then I have seen the improvement!
“Pada mulanya apabila kami mula memuat naik content di media sosial, ramai orang komen menggunakan Bahasa Melayu tetapi saya tidak faham. Because of that, I would always go to my husband and ask him what does this mean. So over time I just picked up all those abbreviations like ‘mcm’, ‘xnak’, ‘K’ because my husband’s family uses them all of the time” ujar Michelle mengenai usahanya untuk memahami Bahasa Melayu.
Beliau bersyukur dipertemukan dengan suaminya yang memperkenalkan budaya dan adat di Malaysia. Bagi Michelle, apabila seseorang itu mempunyai niat untuk bermastatutin di sesuatu negara, ianya penting untuk mempelajari budaya dan adatnya.
“I feel like when you move somewhere, you should learn the language of the place even if it’s not perfect. Suami saya sentiasa teruja educate people about his hometown culture. There’s one day where we had a University National Day dan suami saya mewakili Malaysia untuk memperkenalkan budaya dan adat Malaysia dan dari situ juga la saya banyak mempelajari mengenai budaya Malaysia!” ujar Michelle teruja.
Selain daripada bersemangat mempelajari budaya dan adat negara lain, Michelle juga menzahirkan cintanya terhadap muzik dan sentiasa mengimpikan untuk menghasilkan muziknya tersendiri. Michelle yang juga menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi telah merealisasikan impiannya dengan memperkenalkan 2 lagu keluarannya iaitu ‘Ubah Hati Ini’ dan ‘Jom Kita Raya’.
Dengarkan ‘Ubah Hati Ini’ dan ‘Jom Kita Raya’ di Youtube & Spotify dan ikuti Michelle Maali di media sosialnya:
Comentarios