top of page
Search
Writer's picturefifi izzati

Tetap sibuk semasa bulan Ramadan, Amir Masdi mahu refleksi diri sebagai seorang Umat Islam


Bulan Ramadan sinonim dengan bulan penuh rahmat merupakan masa untuk Umat Islam merenung diri dan memperbanyakkan amal ibadah. Penyanyi Amir Syazwan bin Masdi, atau lebih mesra dikenali sebagai Amir Masdi juga tidak terkecuali untuk memperbanyakkan masa muhasabah diri walaupun sibuk dengan kerjanya sebagai seorang anak seni.


Alhamdulillah, walaupun pada bulan puasa ada juga kerja-kerja yang diberi dan saya bersyukur. Namun, bulan puasa ni Amir berharap untuk menjadi lebih healthy sebagai seorang manusia, nak jaga fitness badan dan improve diri sendiri dari segala segi,” ujar Amir mengenai harapannya untuk Ramadan kali ini.


Amir akui bulan Ramadan adalah peluang terbaik untuk dirinya melaksanakan beberapa matlamat yang ingin dicapainya.



“Mungkin saya nak turunkan berat badan dan nak lebihkan masa untuk refleksi diri. Walaupun saya agak busy, tapi saya cuba adakan masa untuk saya rehat dan merenungi diri saya sendiri sebab nanti bulan lain saya akan lebih busy. Bagi saya, bulan ni adalah peluang terbaik untuk saya melakukan semua itu!” kongsi Amir.


Selepas sebulan berpuasa pastinya Syawal akan menjelang. Oleh itu, sudah menjadi kelaziman untuk umat Islam di Malaysia meraikan Syawal di kampung halaman. Amir juga berkongsi, sudah menjadi tradisi bagi keluarganya meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.


Plan tu belum ada lagi, I will just follow my family’s plan tapi selalunya memang akan beraya di kampung, memang standard every year balik kampung!” ujar Amir dengan nada teruja.



Walaupun ingin fokus mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa pada bulan Ramadhan, Amir masih tidak meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang pemuzik. Amir sempat berkongsi beberapa projek yang akan menemui peminatnya pada masa hadapan.


“Saya tengah dalam preparation untuk release lagu ketuhanan sempena bulan puasa tapi tiada specific release date lagi buat masa sekarang. Selain itu, saya juga tengah plan untuk buat showcase dan In Syaa Allah akan berlangsung a few months after raya,” kata Amir mengenai perancangan khas untuk peminatnya sekaligus mengakhiri perbualan.



Ikuti Amir Masdi di media sosialnya:




224 views0 comments

Comments


bottom of page