top of page
Search
nurarisa

Bertemu di Twitter, Syafiqah Zambry Teringat Balik Kisah Cinta Mereka

Updated: Aug 3, 2022


Tujuh tahun berkenalan, akhirnya diijabkabulkan tahun lepas. Gambar: Instagram, Syafiqah Zambry


Syafiqah Zambry, 26, dan Farhan Mazlan, 28, telah menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 20 Mei 2022. Siapa sangka cinta mereka bermula selepas followback di Twitter!


Bak kata Syafiqah atau lebih manis dipanggil Pika, Twitter merupakan tempat pertama mereka jumpa dan berkenal-kenalan.


Bagi Pika, minat mengedit yang dikongsikan dengan suaminya, Paan, merupakan penyebab utama mereka berdua rapat. Selepas tujuh tahun perkenalan, akhirnya mereka naik ke jinjang pelamin dan menjadi pasangan yang sah suami isteri pada bulan Mei tahun lepas.


“Masa awal tahun 2015, Pika tengok video raya Sterk dan rasa macam uishhh stylenya video tu. Pika follow Paan (Farhan) dan dari situlah dia follow balik.


“Kitorang contact each other. Pika minat editing sebenarnya. Paan ada puji video Pika. Dari situlah, kitorang dapat tahu kita ada minat yang sama. Jadi, kitorang pun jadi kawan. Tak tahu pun dia (gelak) suka Pika. Kitorang kenal sebagai kawan je, pastu reply apa-apa yang berkaitan dengan editing,” Pika bercerita di bilik solek.



Amalkan motto ‘follow the flow’. Gambar: Instagram, Syafiqah Zambry



Menurut Pika, mereka secara rasmi bercinta pada tahun 2017/18, selepas Paan memberi petunjuk kepada Pika yang dia ada berminat.


“Kitorang takde macam ‘I suka you, you suka I’. Tapi, ada sekali tu masa kitorang call, tiba-tiba dia cakap I love you, so dari situlah bermulanya kisah percintaan kami.


“Kitorang just follow the flow. Tengah degree tu dia tanya bila nak ‘official’ betul-betul eh? Haa jadi Pika cakap tunggu Pika habis belajar. Jadi lepas habis belajar (2019), kitorang tunang dan kahwin pada tahun 2021,” kata Pika.


Tambah Pika, follow the flow merupakan motto mereka berdua dan itulah apa mereka buat daripada awal berkenalan sehingga ke hari ini.


Nikah di Masjid Shah Alam. Gambar: Instagram, Syafiqah Zambry


Hari bahagia mereka telah diraikan selepas menghadapi pelbagai cabaran iaitu beberapa hari sebelum nikah! Mereka yang sepatutnya nikah pada 23 Mei, terpaksa diawalkan ke 20 Mei disebabkan SOP COVID-19.


“Banyak betul cabaran dia, tiba-tiba sabtu ahad tak boleh nikah lah, kat rumah pun takleh. Okaylah, kitorang buat kat masjid. Lagi dua hari kot… tiba-tiba kena nikah kat pejabat.


“Lagi beberapa hari nak nikah, kitorang baru dapat pertukaran tempat untuk nikah sehari sebelum tu. 18 hari bulan tu kitorang serabut dah. Jumpa tok kadi kat Gombak untuk tukar yang dekat Shah Alam punya. 19 hari bulan settlekan pertukaran apa semua, jadi 20 hari bulan kitorang kahwin.


“Hari yang kitorang nikah tu, ikutkan nak nikah pukul 3-4 petang tapi pagi tu ada orang positif pulak kat pejabat agama tu, jadi tok kadi minta tukar tempat dan kena datang awal dalam pukul 11-12 tengah hari.


"Fuhh time tu rasa macam tau tak kitorang punya nikah ni bukan nerves nak nikah, tapi nerves benda-benda tu (gelak). Itulah kisahnya, keserabutan nak nikah. Pika nangis tu tak rasa sebak nikah, tapi sebak keserabutan,” kongsi Pika.



"Perasaan masa nikah tu rasa sangat happy dan speechless" - Pika. Gambar: Instagram, Syafiqah Zambry


Menurut Pika, susah sebenarnya untuk jelaskan dalam perkataan bagaimana Pika tahu Paan adalah untuknya.


“Kita dapat rasa vibe, vibe dia tu macam kena dengan kita. Apa-apa kita mesti nak cari dia. Kita kan ada banyak kawan tapi kita masih cari dia, hati ni pergi kat dia juga. Haa gitu!


"Jadi nak tau he’s the one tu dia macam isyarat hati tu memang pergi ke sana (gelak). Vibe dan minat sama,” Pika kongsi.


Pasangan manis ini telah menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka di Mangala Resort & Spa, Pahang.


Plannya sepatutnya pergi ke Sabah tapi masa tu Pika tak sihat. Untuk menenangkan jiwa dan raga, kami pilih resort. Mostly kitorang banyak luahkan perasaan masing-masing. Sebab masa tu kan dah masuk setahun jadi macam post-mortemlah (gelak).


“Apa yang jadi dalam setahun ni, apa yang okay dan tak okay, tapi benda tu seronok lah. Communication ni memang orang kata is the key lah, sebab lepas kitorang ada sesi luah tu, dah jadi betterlah, takde macam salah faham ke apa sebab kalau tak communicate, ada lah salah faham kan. Jadi, communication is the key!” jelas Pika.


Untuk melihat video majlis perkahwinan Paan dan Pika yang penuh, boleh tengok di YouTube mereka.



Ikuti Syafiqah Zambry di media sosialnya:





579 views0 comments

Comments


bottom of page