top of page

Bakat serta potensi yang terpendam perlulah dipersembahkan pada khalayak ramai agar tidak disia-siakan begitu sahaja. Nur Farrah Khairina atau lebih dikenali sebagai Nfarrah, 22, mula memperlihatkan bakatnya melalui aplikasi ‘Musical.ly’ pada tahun 2016 apabila videonya di aplikasi tersebut tular sekaligus dikenali ramai dari golongan Generasi Z sehingga meraih 1 juta pengikut di ‘Instagram’.


“Saya bermula dengan musical.ly, mungkin ramai orang tengok video saya disebabkan saya selalu muat naik video di platform tersebut. Saya menari dan saya juga creates the moves and a lot of people try to follow along, dari situ saya mula dikenali” kongsi Nfarrah mengenai pembabitan awal beliau dalam industri hiburan.



Transisi daripada aplikasi ‘Musical.ly’ kepada ‘Tiktok’ telah menyebabkan ramai ‘content creator’ beralih kepada aplikasi tersebut dan mengambil peluang untuk memuat naik pelbagai video. Sama seperti Nffarrah, beliau beralih memuat naik videonya di Tiktok secara konsisten agar dirinya kekal relevan di dalam industri.


“Bagi saya musical.ly dengan Tiktok sama sahaja. Jadinya, saya teruskan sahaja muat naik video and I try to keep up with the trend like Tiktok dance challenge tapi more to simple dance, bukan macam professional dance” ujar Nfarrah.



Meraih pengikut yang ramai di platform 'Instagram' dan 'Tiktok,' beliau juga berkeinginan untuk aktif memuat naik kandungan di platform media sosial yang lain seperti 'Youtube'. Menyatakan hasratnya untuk memulakan karier sebagai seorang ‘Youtuber’, Nfarrah ingin membuat video berkonsepkan ‘vlogging’ yang menunjukkan kehidupan sehariannya.


I really wanted to try to start my career as a Youtuber namun saya tiada masa. Saya sudah mempunyai akaun Youtube dan kali terakhir saya memuat naik video adalah pada 2 tahun lepas. Saya ingin buat video berkonsepkan lifestyles seperti vlogging kehidupan saya seharian” kata Nfarrah mengenai salah satu impiannya sebelum menamatkan perbualan.



Ikuti Nfarrah di media sosialnya:


34 views0 comments

Lebih 10 tahun mencipta nama sebagai seorang vlogger terkenal menerusi pelbagai platform seperti Youtube, Instagram dan Tiktok, perjalanan karier Nur Aisyah Muhammad Razip atau Cupcake Aisyah, 22, sebagai seorang influencer mencapai satu lagi milestone terbaharu apabila jumlah subscribers laman Youtubenya mencecah lebih 500,000 baru-baru ini.


Bagi menyambut kejayaan itu, ahli keluarganya telah mengadakan satu surprise party untuk meraikan Aisyah.


“Sebenarnya saya memang tidak tahu menahu apa-apa mengenai parti tersebut. Ya memang saya ada terdengar keluarga merancang untuk mengadakan satu parti tapi saya sendiri tidak begitu jelas mengenainya”, terang Aisyah memulakan cerita.


“Rupa-rupanya, selama lebih seminggu tanpa pengetahuan saya, ahli keluarga saya mempunyai satu lagi whatapps group rahsia untuk mereka berbincang dan merancang parti tersebut”.


“Pada hari kejadian, sepupu saya Nana membawa saya ke suatu tempat dalam keadaan blindfolded. Sampai disana, saya nampak semua sangat cantik dihias dengan belon dan bunga serta pelbagai hadiah di salah sebuah restoran kegemaran saya. It is the best thing ever!”



Ditanya mengenai faktor-faktor yang mendorongnya untuk terus menerbitkan video dan kandungan yang diminati para peminat, Aisyah menjawab “Selain untuk peminat, semua video yang saya rakam dan muatnaik di Youtube dan laman sosial yang lain adalah untuk kenangan diri sendiri. Saya suka untuk melihat kembali video-video lama yang saya rakam untuk mengimbas memori lama kerana daya ingatan saya tidak begitu bagus”.


“Kemudian, dengan cara itulah saya sering dapat berinteraksi dengan para pengikut, supaya mereka benar-benar boleh mengenali diri saya, mengenai apa yang saya lakukan dalam kehidupan seharian dan sebagainya. Sangat menyeronokkan! Saya harap mereka akan kekal mengikuti saya mungkin sehingga umur saya mencecah 80 tahun!” tambah Aisyah bergurau ceria.


Tidak ramai yang bertuah untuk berjaya di usia yang sangat muda. Ketika rakan sebaya yang lain masih cuba mencongak masa depan atau mencari tapak dalam bidang pekerjaan, Aisyah sudah boleh berbangga dengan karier sendiri, dengan beberapa anugerah turut pernah dimenangi.



Namun, Aisyah tidak sesekali mendabik dada mahupun membanding-bandingkan kejayaannya dengan rakan-rakan lain.


“Tuhan itu Maha Adil dan pastinya mempunyai sebaik-baik perancangan untuk semua orang. Go at your own pace dan tidak perlu membanding-bandingkan diri antara satu sama lain. Buat apa sahaja yang mendatangkan kegembiraan kepada anda dan paling penting, dapatkan restu ibu-bapa,” kata Aisyah.


Menyebut mengenai “bucket list” atau cita-cita yang belum kesampaian, Aisyah mengakui masih ada beberapa perkara yang mahu dicapai.


“Saya mahu 1 juta subscribers!!” katanya ceria. “Dan… Aisyah nak kahwin! Tapi calonnya belum ada. Harapnya akan dapat jumpa dalam beberapa bulan akan datang!” guraunya mengakhiri perbualan.



Ikuti Cupcake Aisyah di laman sosial:

49 views0 comments

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ tepat menggambarkan perjalanan Amanda Amry dalam industri hiburan. Beliau mula menjejakkan kaki ke industri dengan galakan ibu bapanya seawal umur 5 tahun dengan menjadi model bagi sebuah jenama fesyen Perancis di United Kingdom.


The first job that I ever did was I modeled for French clothing when I was 5. Masa tu keluarga saya menetap di United Kingdom dan ada iklan dalam surat khabar untuk mencari model kanak-kanak untuk jenama pakaian tersebut, so I went for casting with my parents and even the casting director said that I got the talent! Jadinya, bermula daripada situ ibu bapa saya mula menggalakkan saya menceburi industri hiburan” ujar Amanda.



Tidak mensia-siakan bakat yang dimilikinya, beliau melebarkan lagi sayapnya dalam industri hiburan di Malaysia dengan membintangi beberapa iklan televisyen. Beliau yang ketika itu masih di bangku sekolah membuat keputusan untuk hanya menerima tawaran iklan televisyen dan filem pendek agar pelajarannya tidak terabai.


“Selepas saya pulang semula ke Malaysia, saya masih ingat lagi iklan pertama saya adalah KFC Raya pada 2014. Tapi memang dulu-dulu saya hanya ambil tawaran untuk iklan dan drama pendek sahaja sebab saya masih bersekolah” kongsi Amanda menceritakan detik awal pembabitannya dalam industri di Malaysia.


Amanda yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi, menyimpan hasrat untuk mempunyai rancangan bual bicaranya tersendiri.


“Saya teringin untuk mempunyai rancangan temu bual bicara saya tersendiri seperti rancangan ‘Kelly Clarkson Show’. Other than that, I really love kids! Jadi, saya sentiasa ingin menjadi hos untuk rancangan pendidikan kanak kanak” kata Amanda mengenai impiannya.



Selain daripada bergiat aktif sebagai seorang penghibur, Amanda juga menyahut cabaran untuk membentuk jenamanya sendiri iaitu ‘byamandaamry’ dan berhasrat supaya barang keluarannya dapat membantu beberapa pihak dan komuniti yang terlibat.


“Jenama saya bukan sahaja keluarkan baju tapi kami juga dalam perbincangan untuk mengeluarkan produk kosmetik seperti maskara. Untuk clothing line tu sebenarnya adalah projek amal disebabkan tukang jahit tersebut adalah seorang ibu tunggal dan saya rasa benda ni dapat menolong dia sedikit sebanyak.


“Selain tu, agak susah untuk saya cari baju yang sesuai dengan saya disebabkan size badan saya yang petite dan saya tahu ramai orang di luar sana yang melalui benda yang sama. Jadi saya fikir ianya idea yang baik untuk saya berkongsi dengan orang ramai yang melalui masalah yang sama” kongsi Amanda disebalik kisah mengapa beliau ingin membuka jenamanya sendiri.



Sebelum mengakhiri perbualan, Amanda sempat berkongsi hasratnya untuk melebarkan sayapnya ke persada dunia. Beliau yang baru sahaja menyertai sebuah syarikat muzik akan mengeluarkan single debut pertama dan menyimpan impian untuk karyanya dikenali ke peringkat antarabangsa


“Matlamat utama saya adalah ingin dikenali ke peringkat antarabangsa. I just signed with a label recently and baru habis record my first single which saya berharap dapat sambutan di luar negara juga seperti Indonesia dan Singapura!” ujar Amanda penuh harapan sekaligus mengakhiri perbualan.


Ikuti Amanda Amry di media sosialnya:




73 views0 comments
bottom of page