top of page

Updated: Aug 3, 2022


Suka tengok dance cover Kueendom dari semasa ke semasa. Gambar: Instagram, Ellya Keesha


Walaupun perlu mengimbangi kerjaya dan pelajaran pada masa yang sama, Ellya Keesha, 19, tetap teruja menerima peluang kolaborasi menari bersama Kueendom!


Ellya berkongsi berita gembira itu dalam satu Instagram post pada 26 Mac, di mana beliau berkata bahawa dirinya sangat gembira kerana dapat menyertai Kueendom dalam dance cover Twice 'Scientist'.


“Dah beberapa tahun saya tengok dance covers mereka. Thanks for having me,” Ellya tulis dalam Instagram post.


Kueendom Kingsman, yang terkenal dengan K-POP dance covers, bukan sahaja memukau peminat dengan dance covers mereka, tetapi juga membuatkan Ellya kagum dengan skills tarian yang ditunjukkan oleh Kueendom.


Synchronization mereka sangat tepat. Masa saya pergi berlatih dengan mereka, ketua mereka selalu ajar dan tunjuk saya apa perlu saya lakukan, pembetulan seperti berapa saat saya perlu menari, berapa lama saya perlu meluruskan lengan saya,” jelas Ellya.



Jumpa selepas kerja untuk praktis dance choreography bersama Kueendom. Ellya (dari kiri, yang ketiga). Gambar: Instagram, kueendomkingsman


Semasa temu bual, Ellya berasa takut jika dia tidak dapat mengikuti choreography mereka yang pantas.


It was fun lah, tapi saya agak takut sebab mereka dah biasa dengan dance choreography macamtu. Dan saya tak pernah cover satu lagu Korea yang penuh. Tapi masa saya pergi training, mereka semua tolong saya so benda tu jadi menarik,” ujar Ellya dalam nada yang gembira.


Apa yang lebih menarik ialah apabila Kueendom membuat kostum mereka sendiri untuk dance cover Twice 'Scientist'.


My favorite moment mungkin masa tengok mereka buat kostum sendiri. Kain kostum mereka beli online dan mereka jahit sendiri.


“Saya tak pernah nampak orang yang letak banyak efforts dalam dance cover yang macam tu,” katanya.


Ellya juga berhasrat untuk bekerja sama dengan mereka dalam masa yang terdekat.


For sure la next time, if saya ada apa-apa, mereka akan ada dalam fikiran saya untuk collaborate,” Ellya kongsi.


Untuk tonton dance cover Twice ‘Scientist’, KueendomXEllya, sila click link ini.



Ikuti Ellya Keesha di media sosialnya:



43 views0 comments

Updated: Aug 3, 2022


Meraikan hari lahirnya dalam gaun putih yang anggun. Gambar: Instagram/Leona


Di mana merupakan umur kemuncak meninggalkan zaman remajanya, Kasih Iris Leona atau lebih dikenali dengan panggilan Leona, telah menyambut hari lahir yang ke-20 pada 13 Mac lalu.


Ketika ditanya mengenai usianya yang baru sahaja masuk umur 20 tahun, Leona menyatakan bahawa dia berasa sedih tetapi teruja.


“Saya harap ada banyak lagi exciting things untuk saya nantikan, tapi saya juga rasa sedih untuk tinggalkan zaman remaja sebab banyak memori indah yang saya buat.


“Dan, since saya dah masuk umur 20 tahun, maknanya saya bukanlah lagi seoarang budak. Saya sudah jadi dewasa dan itulah realitinya,” kata Leona dalam satu temubual.


Selamat ulang tahun ke-20 Leona. Gambar: Instagram/Leona


Leona juga turut berkongsi perancangan hari lahirnya yang sudahpun disambut bersama keluarga dan rakan-rakannya pada 12 dan 13 Mac lalu.


Boyfriend saya cuba surprise saya tapi saya dapat agak semua benda masa kami sampai hotel. Saya nampak kereta Aisyah di parking lot.


“Saya juga ada staycation dengan kawan-kawan saya dan malam itu kami makan malam di Kuala Lumpur, dimana kami boleh nampak seluruh skyline Kuala Lumpur. Esoknya pula, kawan-kawan saya yang lain surprise saya untuk lunch dan selepas itu, saya balik rumah untuk menyambut birthday bersama nenek dan ibu saya,” kata Leona dalam nada yang teruja.


Selain berasa sedih meninggalkan zaman remajanya, Leona juga berharap dapat memenuhi impianya setelah tamat sekolah tiga tahun lalu.


“Kalau ikutkan, saya mahu travel selepas habis sekolah tapi disebabkan pandemik yang melanda Malaysia semasa itu teruk, saya tidak dapat buat apa yang saya inginkan.


“Ini bukan seperti apa yang saya bayangkan apabila meninggalkan sekolah menengah. Tapi saya sangat berharap untuk travel lagi dan mungkin saya boleh cuba start business pada masa akan datang,” katanya.


Sementara menunggu tawaran untuk sambung belajar di luar negara, Leona berpesan kepada dirinya untuk jadi diri sendiri dan jangan lupa hargai benda dan orang di sekelilingnya.


Untuk lihat birthday vlog Leona, boleh click link ini.



Ikuti Leona di media sosialnya:





54 views0 comments

Semakin mencipta nama sebagai model, penyanyi dan pelakon terkenal, mungkin ramai yang belum tahu As’ad Motawh pernah menuntut di Sekolah Tahfiz suatu ketika dahulu.


Menjelang bulan Ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi, As’ad sempat berkongsi kenangan berpuasa sebagai pelajar tahfiz ketika ditemui baru-baru ini.


As'ad pernah menuntut di sekolah tahfiz selama setahun


“As’ad menuntut di sebuah sekolah tahfiz di Ampang selama hampir setahun. Ketika bulan puasa, kami banyak travel pergi ke masjid sana-sini, melakukan ibadah di merata tempat. Pendek kata, memang full of activities.”


“Yang paling seronok, sebab buat aktiviti ramai-ramai dengan kawan-kawan. Walaupun kami pelajar tahfiz, tapi biasalah umur masih muda, ada yang nakal-nakal juga”, ujarnya berseloroh.


Mahu lebih fokus kepada ibadah di bulan Ramadan


Ditanya mengenai aktiviti ibadah sejak bergelar selebriti, As’ad mengakui, kesibukan jadual harian kerjaya seninya pada waktu lain menyebabkan beliau mahu memberi lebih keutamaan untuk beribadah di bulan Ramadan.


“Setiap tahun di bulan Ramadan, saya akan cuba untuk khatam Al-Quran. Saya juga akan cuba menjalankan ibadah lain seperti solat Terawih, Qiamullail dan sebagainya. Tetapi itu tidak bermaksud saya “bercuti” terus dari bekerja, kalau ada offer yang bersesuaian, saya tetap akan terima. Cuma mungkin kalau hari biasa saya biasanya bekerja sehingga 16 jam sehari, di bulan Ramadan, mungkin saya akan bekerja sekitar 5-6 jam sahaja”, katanya mengakhiri perbualan.



Ikuti As'ad Motawh di laman sosialnya:



109 views0 comments

© 2021 XETOPIA, sebuah anak syarikat XENO Entertainment, Malaysia

E-Mail : info@xeno.asia | Mobile : +601122001188

LANGGANI XETOPIA SECARA PERCUMA

Terima kasih kerana sudi melanggani kami

bottom of page