top of page

Updated: Aug 3, 2022


Tak nervous jumpa peminat. Gambar: Instagram/Cupcake Aisyah


Selepas pertemuan santai di Kedah, Aisyah Razip atau lebih dikenali dengan panggilan Cupcake Aisyah berharap dapat mengadakan sesi 'meet and greet' dengan lebih lagi bersama peminatnya.


“Saya tidak mempunyai plans yang terdekat pada masa ini, tapi saya sangat berharap untuk membuat ‘meet and greet’ pada masa akan datang,” kata Cupcake Aisyah.


Menurut temubual tempoh hari, Cupcake Aisyah sering kali membuat sesi ‘meet and greet’ sebelum COVID-19 kerana seronok dapat berjumpa dan mengenali peminatnya dengan lebih dekat.


“Yang kat Kedah tu bukan ‘meet and greet’ yang official tapi itu adalah kali pertama saya buat macam tu. Saya jumpa ramai peminat dekat sana,” katanya.



Cupcake Aisyah, gadis YouTuber yang terkenal di Malaysia. Gambar: Instagram/Cupcake Aisyah


Ketika disapa tentang pengalamanya di Kedah, gadis ini mengakui dia rasa seronok berada disana sebab adanya kawan-kawan yang bersamanya.


“Satu malam je kat Kedah dan kalau ikutkan, pergi sana sebab nak jumpa Nana.


“Meet and Greet Kedah sebenarnya agak mengejutkan sebab saya tak expect pun akan ada ramai peminat dekat sana,” gelak Cupcake Aisyah.


Apabila ditanya favourite comment dari peminatnya, Cupcake Aisyah tersipu malu.


“Bila diorang kata saya cantik dan tinggi,” katanya sambil tersenyum.


Untuk tengok vlog ‘Meet and Greet in Kedah?’, boleh layari YouTube Cupcake Aisyah.



Ikuti Cupcake Aisyah di media sosialnya:



48 views0 comments

Updated: Aug 3, 2022



Sudah dua tahun dalam industri hiburan, kini Amir mahu cuba banyak benda. Gambar: Instagram/Amir Muzam



Amir Muzam, 19, yang pernah tular di TikTok kerana video ‘Abang baju kuning’, masih memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan populariti yang diraihnya.


Dengan lebih 541.6K pengikut di TikTok, Amir telah menerima pelbagai peluang kolaborasi di Instagram dan terus menarik perhatian pengikutnya dengan membuat kandungan TikTok yang menghiburkan.


“Mula-mula saya buat video dengan kawan saya yang abang baju kuning yang viral dulu tu kat Twitter. Pastu, video tu tetiba blow up, dan saya macam terkejut lah.


“Bila ramai dah follow, saya mula buat banyak contents dekat TikTok. Hampir kesemua video saya buat adalah dari Instagram juga,” kata Amir.




Amir bermula main TikTok pada tahun 2020, tak sangka akan jadi terkenal. Gambar: Instagram/Amir Muzam


MASIH TERKEJUT MEMPUNYAI RAMAI PEMINAT

Bermula main TikTok pada umur 17 tahun, Amir masih rasa terkejut apabila ramai orang mahu ‘follow’ di akaun TikTok dan Instagramnya.


“Saya rasa macam bangga dan pelik, sebab kadang-kadang tertanya juga orang-orang ni tak bosan ke dengan TikTok contents saya. Dahlah merepek! Tapi kalau diorang nak follow, follow lah dan saya boleh buat lagi contents,” ujar Amir.


TIDAK SELESA LAGI

Ketika ditanya tentang perasaannya apabila orang mengenalinya di luar, Amir memberitahu dia masih membiasakan diri.


“Ada masa rasa biasa je and ada masa rasa tak selesa sikitlah bila orang ambil gambar saya tanpa izin macamtu.


“Dan kadang-kadang orang akan post kat TikTok and video akan tular, jadi saya rasa macam segan sikit lah,” kata Amir.


PEMALU DI BELAKANG CAMERA

Amir yang berasal dari Shah Alam menyatakan dirinya di belakang kamera seorang yang agak pemalu.


“Kalau orang jumpa diri saya kat mana-mana, saya rasa saya akan jadi seorang yang pemalu sebab takut diorang rasa macam kenapa muka Amir ni lain eh atau macam apa yang orang expect kat Amir tu lain,” kata Amir.


FILTER COMMENTS YANG BERUNSUR KECAMAN

Bercakap mengenai kecaman di media sosial, Amir pernah dapat kecaman di ruang komen TikTok videdonya.


“Kadang-kadang ada jugak kecaman dalam ruang komen, tapi bukan semua, sesetengah lah.


“Jadi, saya akan filter comments sikit sebab if sorang kecam, lagi ramai akan kecam. Jadi, better tapis kecaman orang dengan menggunakan filter comments,” Amir jelaskan dalam satu temubual, minggu lepas.


MAHU MENDALAMI ILMU SENI

Apabila disoal tentang ‘plans’ dalam industri hiburan, Amir berfikir untuk kekal jadi content creator sahaja.


“In the future, saya akan buat banyak contents tentang arts sebab saya memang minat arts,” kata Amir.



Ikuti Amir Muzam di media sosialnya:



246 views0 comments
Writer's picturePrashan Chitty

Lagu Untuk Kamu, nyanyian penyanyi cilik Alyssa Dezek kini menjadi Muzik Video Artis Malaysia paling tinggi views di YouTube selepas meraih 189,752,473 tontonan di YouTube. Berikut adalah senarai Muzik Video Artis Malaysia dengan tontonan tertinggi.


  1. Alyssa Dezek - Lagu Untuk Kamu (189 Juta)

  2. Namewee & Lee Hom - Stranger In The North (186 Juta)

  3. Yuna ft. Usher - Crush (98 Juta)

  4. Sufian Suhaimi - Di Matamu (80 Juta)

  5. Floor 88 - Hutang (79 Juta)

Pihak XENO Music ingin mengucapkan tahniah kepada Alyssa & juga ibu bapa beliau di atas pencapaian ini dan tidak dilupakan jugak pasukan Lagu Untuk Kamu, yang termasuk, Komposer & Penulis Lirik, Posan Tobing, Direktor MV, Isa Syahmi, Choreographer, Cikgu Nana, pihak produksi, krew & semua yang terlibat. Pihak XENO Music juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penaja, Hotlink kerana membuka jalan & memberi peluang kepada Alyssa untuk berkarya di Malaysia.


Kepada semua peminat-peminat Alyssa di Malaysia & Indonesia, doakan kita dapat bertemu selepas pendemi ini. Insha Allah.


Jom teruskan menonton sehingga 200 Juta :-) Moga ada rezeki untuk kita semua.

141 views1 comment
bottom of page