top of page

XENO Music baru-baru ini melancarkan Muzik Video lagu Bersama You yang dibintangi artis popular Fatin Afeefa, As'ad Motawh bersama artis baharu Ellya Keesha & Nelysa. Muzik Video tersebut turut menampilkan barisan selebriti & influencer Liya Maisarah, Cupcake Aisyah, Leona Azhar, Yuna Rahim, Nana Sheme & Beayqaa.


Muzik Video ini dijayakan bersama La Cremeria, sebuah jenama Ais Krim terkemuka dan juga disokong oleh Skyworlds Theme Park, Resorts World Gentings.


Semasa penggambaran, saya sempat melihat beberapa cabaran yang diharungi pihak produksi & artis. Berikut adalah antara cabaran-cabaran berikut. 1. Banyak Jalan

Disebabkan saiz theme park yang besar, saya berjaya berjalan sebanyak 20 ribu langkah. Memang mencabar jika tempat besar kerana pihak produksi terpaksa lari-lari untuk menyediakan set & memang tiada kenderaan dibenarkan masuk ke dalam taman tema ini.


2. Nana Sheme takut naik Alpha Fighter

Beliau telah cuba sedaya upaya untuk beranikan diri untuk menaiki 'ride' tersebut tapi pada saat-saat terakhir, Nana tumpas kepada 'ride' ini. Memang menakutkan. Saya sendiri cuba sekali sahaja. Lepas ni taknak lagi. Apa pun, kita doakan Nana kuatkan semangat untuk cuba kembali di masa depan


3. Liya Maisarah cedera semasa penggambaran

Disebabkan memakai kasut bertumit yang ketat masa penggambaran, Liya Maisarah mengalami kecederaan kecil pada kaki semasa penggambaran. Tetapi beliau nekad meneruskan penggambaran sehingga selesai. Bravo Liya <3


4. Tayar Fatin Afeefa Bocor

Selepas taman penggambaran, Fatin Afeefa berangkat pulang kerana ada komitment kerja pada awal keesokan hari. Namun, tayar kereta beliau bocor di pertengahan jalan. Mujur Fatin bersama Yuna & pembantu beliau pada masa itu. Kita sama sama doakan Fatin dapat kereta baru tahun ini ya :-)


5. Ellya kelihatan Pucat

Pada suhu 19-20 darjah celcius, memang penggambaran muzik video ini agak mencabar. Pelakon & hos TV Ellya Keesha kesejukan sehingga memakai 3 jaket ketika 'break'. Kasihan juga kami melihat Ellya tapi beliau tetap kuatkan semangat untuk habiskan semua scene. Terima kasih Ellya.


Demikianlah serba sedikit cabaran yang dihadapi team kami ketika penggambaran muzik video Bersama You di Skyworlds Theme Park. Kalau ada masa, singgahlah untuk nikmati muzik video ini bersama kami.




107 views0 comments

Nak tahu lebih lanjut tentang Ellya Keesha dalam dunia tariannya? Jom baca artikel ini di mana Ellya berkongsi pendapat dan pengalamannya mengenai industri tarian di Malaysia.

Ellya Keesha mahu buka studio tarian pada masa akan datang. Gambar: Instagram/Ellya Keesha



Pada pandangan Ellya Keesha, 19, tarian merupakan satu seni yang bernilai.


Ellya yang membesar dalam dunia seni, berpendapat bahawa bidang tarian kurang dihargai di Malaysia. Sepatutnya, mereka yang terlibat dalam bidang tarian perlu mendapat lebih banyak pengiktirafan dan penghargaan.


"Kalau tengok penari di Malaysia, mereka selalu dipanggil ‘backup dancers’ atau sesuatu gelaran yang hampir sama makna dengan tu, seolah-olah mereka tidak diberikan pengiktirafan yang tinggi. Disebalik tabir, untuk menjadi seorang penari, mereka memerlukan banyak kemahiran dan latihan.


“Jadi, saya harap bidang tarian dapat lebih penghargaan sebab ia sangat memakan masa terutamanya tarian berkumpulan, sebab perlu hafal tarian dengan betul dan banyak praktis untuk keseragaman. Walaupun ramai penari di Malaysia mempunyai kemahiran menari yang bagus, mereka masih dilabel sebagai ‘backup dancers’,” jelas Ellya.


Ellya dengan penuh optimis dan harapan, berharap penari di Malaysia boleh diberi peluang yang sama seperti pelakon dan penyanyi. Apabila ditanya tentang perancangan masa depannya dalam bidang tarian sebagai kerjaya professional, Ellya harap dia dapat buka studio tariannya sendiri satu hari nanti.


“Sebelum saya tamat belajar, saya sebenarnya ada keinginan nak sambung belajar dalam bidang tarian. Tapi saya membuat keputusan yang tarian ni adalah sesuatu yang saya boleh sambung belajar tidak kira tempat atau waktu daripada orang disekeliling saya.


“Ini merupakan salah satu impian saya sejak kecil lagi. Jadi secara profesionalnya, saya berhasrat untuk melaksanakannya satu hari nanti. Sekarang merupakan waktu dimana saya patut hadir pelbagai kelas untuk belajar supaya satu hari nanti saya boleh menjadi seorang pengajar atau apa-apa kerjaya dalam bidang tarian,” kata Ellya, dengan mata bersinar dan penuh teruja.



Ellya Keesha berpendapat yang pemikiran positif sebelum menari adalah sangat penting. Gambar: Instagram/Ellya Keesha


MULAKAN DENGAN PEMIKIRAN YANG POSITIF SEBELUM MENARI

Korang tahu tak, korang boleh pergi jauh dengan pemikiran yang positif? Ellya berkongsi pengalamannya menari semasa dia masih kecil dan macam mana dia boleh kekalkan pemikiran yang positif dan sihat dengan adanya orang-orang disekelilingnya yang memberikan sokongan dan dorongan sebelum menari.


“Dulu, sebelum saya mula menari, pemikiran saya tak begitu sihat sebab saya selalu bandingkan diri saya dengan orang lain. Jadi, kalau saya tengok ada orang yang lebih bagus daripada saya, saya akan menangis dan rasa kecewa dengan diri sendiri (ketawa).


“Saya pernah menjadi salah seorang yang selalu menangis masa latihan menari sebab saya rasa macam saya tak berapa cekap menghafal tarian dalam masa yang singkat. Disebabkan saya lalui fasa yang tidak matang itu, saya menjadi tertekan semasa latihan berlangsung.


"Jurulatih dan kawan-kawan saya banyak memberikan dorongan dengan mengajar cara untuk tidak menyalahkan diri sendiri. Sepatutnya, saya hanya perlu focus mencari jalan penyelesaiannya untuk masalah yang saya hadapi,” Ellya ketawa.

LEBIH BESAR, LEBIH BAIK

Ellya juga minat untuk berlakon, mengacara dan menyanyi pada masa lapangnya. Dengan persembahan tarian pada usia 5 tahun dan kemudiannya mula mendapatkan latihan pada usia 8 tahun, Ellya menyatakan gaya tariannya sebagai ‘semakin besar gerakan yang saya buat, semakin saya dapat mengekspresikan diri.’


“Saya rasa mungkin disebabkan saya dibesarkan dengan melakukan tarian bertemakan tradisional moden, lirikal dan kontemporari, saya rasa gaya tarian saya lebih kepada perkara yang besar sebab saya suka membuat pergerakan tarian yang besar,” ujar Ellya.



Ellya Keesha bersama ahli kumpulannya berjaya melepasi uji bakar Asia’s Got Talent. Gambar:sabrinasaw.com


MEMORI PALING BERHARGA: ASIA’S GOT TALENT

Pada tahun 2015, Ellya dan ahli tariannya pernah menyertai Asia’s Got Talent. Itu merupakan pencapaian paling tinggi dalam hidupnya. Ellya turut berkongsi salah satu memori terindahnya semasa menyertai rancangan Asia’s Got Talent.


“Masatu kami berusia 12 atau 13 tahun, tapi kami berjaya melepasi uji bakat secara langsung untuk rancangan tu. Para juri bagi 4 ‘YES’ kepada kami! Saya membesar dengan ahli tarian saya sejak kecil, sebab tu lah Asia’s Got Talent merupakan salah satu pencapaian terbesar saya.


“Dengan jurulatih ni, saya dah lama menari dengan mereka. Jadi, mereka tu ibarat keluarga bagi saya. Kami bersusah-senang dan belajar daripada satu sama lain,” kata Ellya.

PENARI BERBAKAT DIJADIKAN SEBAGAI INSPIRASI

Ketika Ellya masih kecil, jurulatihnya merupakan inspirasinya untuk menjadi penari yang berbakat. Dari jurulatih tarian, penari lokal hingga antarabangsa, mereka merupakan orang yang Ellya dapat contohi dari semasa ke semasa. Tapi apa yang paling penting padanya, adalah betapa berbakatnya tarian mereka.


"Jurulatih Ellya bagi inspirasi kepada Ellya sejak Ellya masih kecil lagi sebab saya dapat belajar semua perkara daripada mereka pada ketika tu dan saya tak terdedah sangat kepada ramai penari di luar sana, jadi saya respect jurulatih tarian saya. Saya nak jadi seperti jurulatih saya.


"Jadi, ketika membesar, saya ada jumpa – eh bukan jumpa (ketawa) tapi saya dapat kenal lebih ramai penari dari kumpulan lokal yang saya memang suka tengok. Zeppo, Youngsterz, The Nasty Rock Crew, dan juga duo ni; Kaycee Rice dan Sean Lew. Saya ada ikut tarian mereka sejak saya masih kecil lagi dan mereka juga sangat muda, jadi mereka sangat memberi inspirasi kepada saya.


"Salah satu inspirasi utama saya juga adalah AC Bonifacio, saya rasa dia dari Filipina, kalau korang google dan cari namanya, korang boleh cari dan tidak dilupakan juga, Lisa daripada BLACKPINK, dia adalah salah satu inspirasi saya," kata Ellya.

DANCE’S BACKDROP DIINSPIRASIKAN OLEH SET BROADWAY

Dua bulan lalu, Ellya ada post satu video tarian di Instagram Reelsnya (IG). Ia merupakan tafsiran tarian "America" ​​daripada muzikal yang diarahkan oleh Steven Spielberg yang popular iaitu "West Side Story." Diilhamkan oleh set Broadway yang digunakan di Amerika, Ellya mengambil inspirasi dari situ dan menerapkannya dalam videonya.


“Dalam caption, saya ada sebut nama choreographer yang satu ni; nama dia Galen Hooks. Dia seorang choreographer dari Amerika.


“Sebenarnya, saya guna choreography tariannya. Jadi, itu tafsirannya tapi apa yang menjadikannya unik, adalah benda-benda kecil seperti kalau korang tengok dalam IG Reels Ellya, dekat area belakang sana, ada macam satu backdrop ni dan saya tak suka posisikan diri saya dalam frame backdrop tu, jadi saya just berdiri di depan backdrop. Korang boleh lihat angle kamera dan segala-galanya.


“Saya sengaja buat macam tu sebab di Broadway - semuanya dilakukan di set, jadi korang boleh tengok set itu. Jadi, saya fikir kalau saya buat macam tu, benda ni boleh memberi gambaran macam dekat atas pentas Broadway,” jelas Ellya.


Selain terinspirasi dengan set Broadway, Ellya juga ada mengalami sesuatu yang berbeza daripada apa yang dia biasa menari, iaitu genre tarian.


“Terbaik! Saya suka video muzik sebab ada benda yang berbeza daripada yang benda biasa yang saya pernah buat. Ia bukan hip-hop, tapi sangat tak tahulah, ia sangat berbeza. Tarian ni agak susah juga untuk belajar masa awal-awal tapi semakin saya praktis, tarian tu jadi lebih best. Jadi bila saya rakam video tu, saya macam wow! Saya rasa saya nak ada dalam muzikal satu hari nanti,” Ellya ketawa.



Ikuti Ellya Keesha di media sosialnya:









393 views0 comments


Natasha (kiri) melakonkan watak ‘Along’ bersama Puteri Balqis (kanan). Gambar: Instagram/ Natasha Elyzza


Natasha Elyzza atau lebih mesra dipanggil Tasha, menyahut cabaran untuk melakonkan watak yang agak mencabar iaitu watak sebagai orang kurang upaya (OKU) di dalam telemovie Malaysia pertamanya yang bernama ‘Angah’.


Tasha mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2013 atas jasa Emma Maembong yang merupakan kawan baiknya sejak Emma belum menjadi terkenal lagi.


“Dulu Tasha pernah buat extra, tapi sekejap je. Selepas itu, Tasha berhenti jadi extra dan bila Emma mula jadi pelakon, dia pun pernah ajak Tasha masuk set dengan dia untuk cerita 3 nenek, 3 dara.


“Dan sejak itulah, Tasha dapat tawaran berlakon dan selepas itu saya berpeluang untuk berlakon dalam drama pertama saya iaitu, ‘Duri Di Hati’ yang diarahkan oleh Michael Ang,” ujar Tasha.


Kini, dengan pengalaman hampir 10 tahun, Tasha telah membintangi pelbagai drama popular seperti Projek Memikat Suami, Dunia Generasi Baru, Isteri Separuh Masa, The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja, Kimchi Untuk Awak, Rahsia Hati Perempuan, Isteri vs Tunang, The Hotel (drama) dan banyak lagi!


Minggu lepas, admin berpeluang menemubual Tasha mengenai pengalaman dan wataknya sebagai ‘Along’ dalam telemovie ‘Angah’ yang berdasarkan kisah sebenar.


Jom kita baca apa kata Tasha!



Natasha (kiri) dalam set telemovie ‘Angah’. Gambar: Instagram/Natasha Elyzza

BOLEH TAK KONGSI SEDIKIT TENTANG TELEMOVIE YANG TASHA BINTANGI, ‘ANGAH’?


“Untuk kali pertamanya, Tasha berlakon dalam cerita yang berat. Watak yang Tasha pegang merupakan watak paling mencabar sebab ini adalah kali pertama Tasha berlakon jadi orang kurang upaya (OKU).


“Walaupun, cerita ini sedih dan banyak scene menangis, cerita ni sangat best. Tasha tak sabar nak tunggu cerita ini keluar sebab Tasha nak semua orang tengok cerita tu. Tahlah, (ketawa) sebab memang best. Tak tahu nak cakap macam mana, korang kena tengok cerita tu sendiri baru korang faham,” kata Tasha.


APA RASANYA BEKERJA DENGAN PELAKON SERTA/ATAU TERLIBAT DALAM TELEMOVIE TU?


OMG it is an honour! Tasha sangat-sangat bersyukur dapat buat telemovie tu. For the first time Tasha kerja dengan Kak Eyra Rahman dan Puteri Balqis. Jadi, masa kali pertama Tasha masuk set dan bila dapat tau yang Tasha akan berkerja dengan Kak Eyra dan berlakon dengan Puteri Balqis, Kak Aleza, Abang Bohari dan yang lain-lain, Tasha jadi gementar sangat sebab Tasha macam wow nama yang besar so Tasha rasa takut.


“Tapi Alhamdulillah, Kak Eyra pun banyak tolong. Ramai tolong Tasha dalam cerita tu jadi cerita tu banyak kenangan (ketawa). Walaupun 7 hari kitorang rakam, cerita tu sangat memberi impak kepada Tasha,” katanya.


APA YANG ANDA PALING SUKA TENTANG WATAK ‘ALONG’?


“Telemovie Angah ni, apa yang Tasha suka dengan watak ni adalah dia seorang kakak dan walaupun dia OKU tapi dia sangat sayang family dia. Along sangat usahakan untuk menolong keluarga dan tak pernah putus asa, jadi Tasha sangat sukalah dengan watak ini.


“Banyak banyak benda sebenarnya yang Tasha suka tapi Tasha tak boleh nak pilih yang mana satu. Daripada awal sampai akhir, Tasha memang suka watak ni,” kata Tasha.


SELAIN WATAK ‘ALONG’, APA PERKARA YANG TASHA PALING SUKA TENTANG LAKONAN?


“Bila dapat watak! Tasha akan rasa teruja bila dapat watak baru dan bila dapat skrip, keseronokan untuk belajar watak baru tu ada. Macam, minat untuk berlakon. Tasha ni seorang yang pemalu sebenarnya, tak tahu la tapi bila dapat berlakon tu lain sikit (ketawa),” katanya.


CABARAN TERBESAR YANG TASHA HADAPI KETIKA MELAKONKAN WATAK ‘ALONG’?


“Cabaran paling terbesar adalah watak dia sangat mencabar. Watak yang Tasha lakonkan tu, Tasha tak pernah bawa watak yang lumpuh dan lagi satu, Tasha ingat Tasha tak ada keyakinan diri untuk bawa watak ‘Along’ tu,” katanya.


UNTUK AKHIRI, PERNAH TAK TERIMA SEBARANG KRITIKAN? IF ADA, APA REAKSI TASHA BILA BACA/DENGAR KRITIKAN TU?


“Ada! Masa awal-awal berlakon dulu banyak kena marah, sebab dulu Tasha tak belajar dan tak reti berlakon, dan tau-tau dah masuk set. Tasha tak tahu mana satu angle.


“Tasha sangat kayu tapi alhamdulillah ramai orang ajar dan tolong Tasha. Bila Tasha tengok orang berlakon semua, dari situ tasha boleh berlakon sikit-sikit dan sampai sekarang, Tasha masih belajar. Banyak sangat Tasha kena belajar,” ujar Tasha.

Jangan lupa untuk menonton Telemovie ‘Angah’ di Astro Citra.


Ikuti Natasha Elyzza di media sosialnya:


55 views0 comments
bottom of page